Friday, June 5, 2009

Nak Jadi Model??? =D

Saya dapat banyak e-mail yang bertanyakan macam mana nak jadi model busana muslimah, macam mana saya mula-mula menceburkan diri dalam bidang peragaan ni, agensi mana yang nak join, etc… Soalan-soalannya lebih kurang sama. Nak balas e-mail setiap satu, maaf sesangat, masa tak banyak. Jadi cukuplah kalau saya kongsikan sikit pengalaman di blog… Saya pun masih baru dalam bidang ni. Banyak lagi yang saya tak tahu...


Secara jujurnya, saya tak mengikuti sebarang modeling class, tak juga terikat dengan mana-mana modeling agency. Semuanya berlaku secara kebetulan… :)


Buat pertama kalinya…


Pada tahun 2007, saya ke Butik Pengantin Syahirah atau kini lebih di kenali sebagai Udaimatunnur by Syahirah, untuk fitting baju pertunangan. Masa tengah fitting tu, posing la depan cermin. Tengah dok posing, pemilik butik tu, En. Ismail pun tanya,


“Amrina ni kalau saya recommend jadi model ke, jadi cover girl Nur nak tak?”


Saya gelak-gelak je. Ingatkan dia main-main. En. Ismail ni suka bergurau. Jadi saya tak la hirau sangat. Dalam pada tak hirau tu, ada juga saya bertanya pada Kurt. Boleh ke tak? Dia ok je. Janji saya tahu batas-batasnya. Biasa la, masa tu dah nak jadi tunangan orang kan... Hehehe... Sebelum ni ada la tawaran untuk jadi model. Tapi bukanlah model busana muslimah. Memandangkan saya bertudung dan lebih selesa dengan konsep busana muslimah, terpaksalah saya tolak tawaran-tawaran tersebut…


Selang beberapa hari, En. Ismail ajak saya jadi model baju pengantin butik dia untuk pertunjukan di Hotel Singgahsana, PJ. Ya Allah…, bayangkan, kita ni tak pernah catwalk! Jangankan catwalk, jadi still model pun tak pernah. Tiba-tiba diajaknya buat catwalk depan orang ramai. Masa tu ada bengkel kecantikan anjuran Shila Lama Enterprise. (Mind you, the emcee on that day was Akhil Hayy’s wife and she’s darn pretty, seriously no kidding!) Dah la catwalk, siap kena turun jalan ke arah peserta-peserta bengkel tu lagi! Tengah jalan-jalan tu pulak, ternampak la Ustazah Nilofar, lecturer masa di MMU! Macam nak terkejut dibuatnya, tapi muka cuba jugak la maintain… Hehehe... Dah kata pertama kali kan, tertunduk-tunduk malu saya jalan. Orang lain semua jalan dengan yakin, mendada lagi. Dalam hati ni dub-dab, dub-dab... Nak kata yakin tu, tidaklah. En. Ismail yang tolong meyakinkan. Saya ni redahkan je! Bila lagi nak dapat pengalaman baru, kan? Mujur la Ms. Bridesmaid ada temankan. Kurt pun ada temankan masa rehearsal. Seingat saya ada wartawan dari majalah Aniqah dan Berita Harian pada masa tu. Wartawan Berita Harian tu la yang cakap saya ni model tertunduk-tunduk malu! ^_^



Haaa, itu la pertama kali. Terus catwalk dibaginya! Rasa nak tergolek! Tak buat apa-apa persediaan pun. Homework lagi la tak!


Busana TV9…


Bulan seterusnya, En. Ismail panggil lagi. Tapi kali ni lagi mencabar. Shooting baju pengantin butik dia untuk rancangan Busana TV9! Hah, tv pulak! Bila dengar tv, rasa excited nak mencuba. Tapi untuk yang ni, saya dah mula belek-belek majalah, tengok pose-pose menarik, buka website TV9 tengok macam mana model-model menggayakan baju dalam rancangan Busana ni. Buat sikit homework kata orang. Maklum la, kita ni baru-baru nak mencuba. Walaupun baru, tak bermakna kita tak boleh berikan yang terbaik, kan? :)


Dan Alhamdulillah..., shooting untuk rancangan Busana TV9 tu berjalan dengan lancar. Walaupun masa posing tu ada yang keras, tapi dengan tunjuk-ajar oleh En.Ismail, semuanya tak la nampak kaku... En. Ismail ni kalau posing, kalah perempuan tau! :D Wartawan rancangan Busana ni namanya Emy. Emy pun puas hati. Terus Emy panggil untuk shooting episod berikutnya. Tapi bukan untuk butik En. Ismail lagi la..., tapi untuk koleksi-koleksi batik daripada Nazleen Noor di The Gardens. Bila shooting tanpa En. Ismail di The Gardens tu, rasa gugup yang amat! Tak tahu la kenapa. Sampaikan Emy pun tanya,


“Kenapa macam takut?“


Hehehe... Sifu tak datang. Terus rasa kurang yakin! :(


Cover girl majalah Nur...


Bulan berikutnya, En. Ismail call lagi,


“Amrina, bila Amrina free? Saya ingat nak bawa Amrina ke Karangkraf untuk jadi cover girl majalah Nur. Amrina bawa sekali gambar dengan biodata."


Terkejut juga la di buatnya! Saya masih gelak-gelak lagi. Sebab tak pernah terfikir kan...


Minggu berikutnya, saya pun ke Karangkraf dengan En. Ismail. En. Ismail kenalkan saya pada editor majalah Nur, Kak Salina. Itu la kali pertama masuk ke Karangkraf. Happening jugak la suasana kerja kat sana. Kak Salina ni baik orangnya. Lembut je. Masa mula-mula jumpa tu tak tau dia ni the ever famous novelist Salina Ibrahim tu! Kak Salina tengok-tengok gambar, tanya apa yang patut, borak-borak sikit, terus dia suruh ke studio untuk test shot.


Bukan senang rupanya nak jadi cover girl ni. Siap ada test shot! Masa tu test shot tu pun saya tak tahu apa benda. :D Heee!


Haihhh… Badan ni keras, disuruhnya posing macam-macam gaya, memang kekok la jadinya. Bila teringat balik masa mula-mula posing depan kamera di Karangkraf tu, nak tergelak pun ada… Terlentok sana, terlentok sini. Entah apa-apa je. Macam mengada pun ada! Camera-shy la katakan… ^_^


Dua minggu lepas test shot tu, salah seorang wartawan majalah Nur, Kak Masyitah call,


“Amrina, awak boleh datang Karangkraf? Kita nak shoot untuk cover girl bulan Julai.”


Dang!!! Menggigil saya dengar. Dalam pada menggigil tu, saya boleh pulak terus jawab,


“Boleh!"


Haha! :D Terus saya call En. Ismail. Ada la beberapa tips yang En. Ismail bagi. Saya dengarkan je. Esok tu mula la ke kedai cari majalah Nur. Belek-belek apa yang patut. Berangan la sorang-sorang depan cermin. Posing sana, posing sini. Hiks! :D


Masa photo shoot untuk cover girl ni yang make up ialah Amy Janz. Pertama kali disolek dengan tebal! Rasa macam tak bernafas muka. Masa tunang dulu tak la tebal sangat Munie solekkan. Mungkin untuk majalah ni lain caranya kan… Saya layankan je. Hehe… Amy Janz ni baik… Lepas make up, dia tak terus tinggalkan kita. Tapi, dia tunggu kejap untuk touch up. Siap ajar cara nak senyum lagi! Cara pose pun dia sempat ajar… Sekarang ni kalau make up dengan Amy, dia bagi tips nak jaga muka pulak. Thanks Amy… :)


International Islamic Fashion Festival (IFF) 2007


Ini antara pengalaman paling menarik! IFF telah diadakan di J.W Marriott Hotel, KL, anjuran Datuk Shah Reza dari Nusantara Gems. Memang ramai pereka fesyen terkenal dari Malaysia, Jakarta, India, Indonesia, dan ramai lagi. Meriah!


Dan semestinya saya memperagakan pakaian pengantin dari Butik Pengantin Syahirah! Konsep hitam-putih. Memang meletup! Mellettssss la kata orang… Hehehe… Ini pengalaman ke-dua untuk catwalk. Mujurlah jalan berdua dengan En. Ismail. Kalau tak…, harus tergolek kat atas pentas! Ramai sangat spectators! VVIP pun ada... Flash camera punya la banyak! Seronok dan teruja jugak la sebab model pujaan saya, Tengku Azura pun ada! She’s flaming haaawwwttt! ^_^


Jadi…, bermula dari tahun 2008, En. Ismail yang banyak ‘memperkenalkan’ saya, beri tunjuk ajar pada saya. Bila dia makin yakin, dia mula bawa saya ke TV3 untuk rancangan Wanita Hari Ini, photo shoot untuk Berita Harian, Harian Metro, etc. Boleh saya katakan, kebanyakan tawaran pada mulanya sememangnya daripada En. Ismail. Wartawan akan call En. Ismail, dan En. Ismail akan berikan nombor telefon saya. It’s all about networking AND hard working… :)


Hajaba…


2009 saya banyak dengan Hajaba. Ini pun berlaku secara kebetulan... Kalau nak di ikutkan, pertama kali saya bertemu dengan pemilik Hajaba, Puan Mona Din ni masa di IFF. Tapi masa tu setakat senyum-senyum je la.


Saya terlibat dengan Hajaba ni melalui model-model dari Shila Lama Modeling Agency. Macam mana tu tak perlu la saya cerita lebih lanjut. Banyak yang berlaku sebenarnya. Thanks to the ladies, especially Nad, Apy, Jezz and Kak Su. :) Mereka-mereka ni la yang banyak ajar saya catwalk. Jujur saya katakan, their catwalk is way better than me! Memang macam international model punya jalan. Dah kata anak didik Shila Lama kan... Mellettssss laaa!!!~ ^_^


Anyways, mungkin muka saya sesuai dengan tudung-tudung rekaan Hajaba ni. Jadi, kerap jugak la Hajaba panggil untuk show. Daripada pertunjukan fesyen hinggalah ke majalah, akhbar, banting, booklet dan juga tv. Alhamdulillah, saya sendiri rasa seronok bekerja dengan Hajaba. Very professional! :)


P/S : Nazz, I’ve successfully blogged in BM and now I smell a Carl’s Jr. Portabella Mushroom! *wink* Don’t dare me Nazz… See!


So Ladies....., I hope I’ve answered all of your questions! And as for the conclusion…,


How did I involve in modeling field?
En. Ismail from Butik Pengantin Syahirah was the one who introduced me to this modeling thingy.


Did I join any modeling class?
No.


Did I attach with any modeling agency?
No.


Where did I learn to pose and do catwalk?
Magazines – Glam, Vogue, Elle, Pesona Pengantin and Cleo.
Internet – YouTube and Google.


If you ask me on the proper practice to be a model, I apologize…, I don’t think I have answer for such question coz I am just a part-time model by coincident! ^_^


However, if you really interested to be one, I would advice that you put your name down in modeling agencies available. I’m sure it will be a good start, at least. E-mail me for agencies contact number. I have a few with me.


As for myself, I am doing it as part-time while adding some excitement into my living. Nothing so serious about it, which explains why I opt not to join any modeling agencies…


But as time goes by, I realized that being a model for busana muslimah is NOT as elating as it may sound… It is more than just wearing busana muslimah dresses and gives the best shot in front of the camera… It is more than just modeling on how to wear scarf in many ways…


It has become like a responsibility to carry out an upright personality, moral, behavior and principle as a muslimah. That for me is the most challenging and important piece of work… :)


I have my own intention being a model for busana muslimah. As mentioned in my previous post, this is my lil bit to the society. I am not a goodie-goodie type of lady. But at least…, I’ve inspired some of my friends who do not wear scarf before to start having a second tot and start wearing scarf… At least…, it came across their mind to ask me about some of the scarves that I wore during photo shoots (especially the mini button scarf by Hajaba)… Some even started to think of wearing proper scarf during their upcoming solemnization (thanks to Butik Pengantin Syahirah)… :)


Deep inside, I do hope that we have more inspiring models for busana muslimah. No offence but I mean yang bertudung la if possible… What more with the opening of numerous busana muslimah boutiques in town kan… :)


Well..., I guess I better stop now. Panjang-panjang nanti bosan pulak you all membacanya. Just to share with my dear readers... Apa pun yang kita cuba lakukan, niat yang ikhlas dan baik tu sangat penting! And just be true to yourself, just be yourself. Stick to your respectable integrity and principle, insya-Allah..., everything will fall into it's place...


P/S : For those who have sent me e-mails regarding Herbalife, I will reply your e-mail personally as each of you came up with different conditions. Thank You.

15 comments:

El-Zaffril said...

Wah... accidentially jadi model la ni... huhuhu

Caramalize Aziz said...

gtuh la gamaknye... ^_^

ZuLaiShah said...

makcik!!! per cer??? lama mendiamkan diri....huhu

Shasha Ayob said...

i cam ingat2 masa mula2 u involve modelling ni..ekeke...back then when we were both started working for mset..kuikuikui...time tu u asik dok termenung..ntah apa la u fikir am!wuahaha

[ Hanie ] said...

wahhh sgt puas bace entri Am ni :D Baru la tau mcmmane penglibatan awal Am kat arena modelling ni :D Hanie doakan murah rezki am di masa hadapan...tgk am posing skrang pun makin improve kan? Takpe, susah2 dulu, then senang kemudian. Good luck Am :)

~munmun~ said...

thee hee hee...gr8 story..now I know..tahniah kerana 80% of your blog in BM..hahaha

Anonymous said...

ow...cmtu ke ceritanye...btw...u r looked so confident!

kak zila said...

kat maktab dulu lg confiedent am nih. slamber gak la. ikot kepala die jek. dr maktab femes dah nih....heheheheh....tak gtu am? ;)

NAZZ said...

HAHAHAHHHHHAAAAAAA AMMMMMMMM!!!!PERAGAAN! BANTING!TUNANGAN ORANG!!!!OMGAAWWWWDDDD!!!REALLYYYYYYY?????100% MEANS 100% AMMMMMMMM!!!!HAHAHAHHAHA!!!!!HIT ME WHEN URE BACK N YES ITS A DAAAAAAAAAATEE!!!!;D

Caramalize Aziz said...

zulaishah : toing! ade je ni u... was quite bz. text me after 15th if u r going to pavi. need to meet u up. ur MAC lippie is waiting~ ^_^

shasha ayob : kalo i ckp i pk DUT!? :O warghhh!~ (>.<) i pk filing yg xde sudahnye u... haha!

hanie : puan-to-be... hihi! TQ! ameen...

munmun : 80% ek? ok la kan for a start! :D will polish my BM slowly.

anonymous : TQ! xla confident sgt. buat2 confident je. lame2 rase yakin tu dtg dgn sendiri... :)

kak zila : part famous tu xpasti. tp part 'ikut kepala die' tu definitely! ^_^

nazz : oh finally!!! i am waiting for ur comment! bah! :p naz, the malay lineage is still strong tau... u bet! :p pst, lame xmain truth/dare kan? ;)

~munmun~ said...

kakak...i need ur advice..shall email u soon!i knoe ur good at this..haha *wink2*

Caramalize Aziz said...

wokeh laling! will wait 4 ur email. :D

hayrelaida said...

last year i got phone call from kak masitah karangkraft, but then my husband-to-be mcm berat je nak releasekan i..skrg nih, dok pujuk hubby..coz i suka POSING!!!huhu..
Hopefully one fine day...

Mama Adwa said...

hihihi.. amrina leh bg tak contact number agencies tuh... nak cari duit lebih lar...

suhaida said...

salam,looks like interestin^ to me.here is detail about me:
name:suhaida
age:26
status:married
please find the url given:
http://pulse.yahoo.com/_YHCIYL47IOHBOJWERDHWE7GUBU/album/albums/page

thanks.